SKOP FS


  • FS bertanggungjawab atas segala peralatan ICT di makmal komputer/berkaitan bagi mempastikan rangkaian SchoolNet berfungsi serta sentiasa boleh digunakan
  • FS akan menjalankan Latihan In-House kepada warga Sekolah
o        FS dan Sekolah akan menentukan jadual pelaksanaan Latihan In-House bagi mengelak daripada menganggu aktiviti P&P sediada
o        FS dan Sekolah akan menentukan kumpulan sasaran sebenar bagi setiap latihan yang akan dijalankan
  • FS dibenarkan menjalankan latihan ICT yang bersesuaian kepada ibu bapa atau komuniti menggunakan kemudahan ICT  di sekolah setelah mendapat kebenaran dari pihak Sekolah
  • FS akan menjalankan latih tubi dengan menggunakan aplikasi online bagi pelajar menduduki peperiksaan seperti UPSR/PMR/SPM.
  • FS dikehendaki membantu mengendalikan aktiviti ICT di sekolah-sekolah berdekatan.
  • FS berperanan meningkatkan kesedaran dan menggalakkan penggunaan jalur lebar/pakej jalur lebar kepada warga sekolah dan komuniti setempat